Penaung kesenian dan kesusasteraan Akbar Agung

Walaupun Akbar seorang yang buta huruf, beliau seorang yang mempunyai minat terhadap sastera. Beliau meminati falsafah, teologi, sejarah dan politik. Beliau telah menyediakan satu perpustakaan yang penuh dengan pelbagai jenis buku dan seorang yang menyukai golongan sarjana. Hal ini menyebabkan beliau amat memahami kesusasteraan Sufi, Kristian, Zoroasrtian(Majusi), Hindu dan Jain. Dijemputnya para sarjana daripada agama-agama yang berlainan untuk berbincang dengannya. Smith menulis bahawa, "sesiapa yang mendengar beliau berhujah tentang ketajaman dan ketepatan mengenai sesuatu dalam perdebatan akan mempercayai bahawa beliau seorang yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam sastera tanpa menyedari beliau seorang yang buta huruf." Penaung kepada tokoh-tokoh sastera, termasuklah Feizi bersaudara dan Abu Fazl. Akbar pernah menugaskan supaya sebilangan kerja-kerja saintifik sanskrit diterjermahkan ke dalam Parsi, disamping menghasilkan Akbarnama, satu rekod mengenai pemerintahan beliau sendiri. Pernaah dikatakan Akbar mengarahkan Jerome Xavier (anak saudara kepada Francis Xavier, seorang mubaligh Jesuit untuk menterjemahkan empat Gospel di dalam Perjanjian Baru ke dalam Parsi.

Akbar juga mempunyai citarasa yang baik terhadap kesenian, senibina dan mekanikal. Banyak kerja tangan, termasuklah Hamzanama dihasilkan semasa pemerintahannya. Beliau juga diingati dalam penghasilan dan penambahbaikan pembuatan senapang (matchlock).


Rujukan

WikiPedia: Akbar Agung //scholar.google.com/scholar?q=%22Akbar+Agung%22 //www.google.com/search?&q=%22Akbar+Agung%22+site:... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Akbar... //www.google.com/search?q=%22Akbar+Agung%22&tbm=nw... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Akbar+Agung... http://www.storyofpakistan.com/articletext.asp?art... http://www.worldofbiography.com/9001-Akbar/ http://www.wsu.edu:8080/~dee/MUGHAL/AKBAR.HTM http://www.gutenberg.org/etext/14134 http://www.i3pep.org/archives/2004/11/12/akbar/